28 October 2020

PENANTIAN 5 TAHUN - AMEER SOFAZR & ISTERI SELAMAT TIMANG 'BABY GIRL'



"Alhamdulillah syukur, isteri saya @aurora_aulia93 dah selamat melahirkan Puteri sulong kami, @7.40pm 27/10/2020 @3.1kg. Terima kasih pada seluruh family, saudara, sahabat, kawan², peminat² & semua yg mengenali kami kerana mendoakan buat isteri & anak kami.

"Smoga kite semua sentiasa dlm lindunganNYA & rahmatNYA. Amin... In shaa Allah dengan rezeki & amanah yang diberikan olehNYA akan ku jaga sepenuh hayat...

"Terima kasih semua... #syukuralhamdulillah #penantian5tahun #callmedaddy #princessdaddymummy #babygurl #anakdaddyandmummy #newjurney," demikianlah tulis penyanyi Ameer Sofazr yang memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan anak sulung mereka seberat 3.1 kilongram itu pada Selasa.

Klik untuk gambar besar



Ameer atau nama sebenarnya Amir Mahiyiddin, 34, berkongsi khabar gembira itu menerusi akaun Instagram. Pada masa sama, Ameer menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan buat isteri serta anaknya.

Untuk makluman, Ameer mendirikan rumah tangga dengan Saidatul Nazriah Abdul Latif pada January 2015.





www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Ameer Sofazr

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: