22 October 2020

"SAYA BERJAYA MENEWASKANNYA" - 2 BULAN DIDIAGNOS, SANJAY DUTT DAKWA DIRINYA BEBAS KANSER PARU-PARU



Sekitar bulan ini, superstar Bollywood iaitu Sanjay Dutt mengaku dirinya menderita kanser paru-paru tahap 4 yang berjaya didignos para doktor pada Ogos lalu.

Namun terkini menerusi satu muat naik di laman sosial, Dutt mendakwa dirinya kini bebas dari penyakit kanser paru paru tahap 4 yang dihidapinya.

Dutt menyampaikan khabar bahagia itu semalam, sebagai hadiah ulang tahun terhebat buat anaknya yang merupakan sepasang kembar Idra dan Sharaan.

Klik untuk gambar besar



"Beberapa minggu lalu adalah sangat sukar buat saya dan keluarga. Namun seperti banyak kata orang, Tuhan akan memberi perjuangan yang sangat sukar kepada 'tentera' yang kuat.

"Dan di hari ini, hari ulang tahun anak saya, saya telah berjaya menewaskan kanser dan menjadikan ia sebagai hadiah ulang tahun paling bermakna buatnya iaitu kesihatan buat keluarga," tulisnya dalam keterangan yang dimuat naik di platform media sosial Instagram dan Twitter miliknya.

Bersama nota itu, Dutt juga mengucapkan terima kasih kepada doktor dan para jururawat yang telah menjaganya sepanjang dimasukkan ke Hospital Kokilaben selama beberapa minggu.



Pengumuman dirinya telah berjaya mengalahkan kanser itu dibuat setelah doktor memberi pengesahan bahawa penyakit tersebut tidak lagi berada dalam tubuhnya. Menurut laporan The Hindustan Times, hal itu disahkan oleh wakil aktor tersebut.

"Beberapa bulan lalu doktor mengesahkan Dutt mempunyai kanser paru paru. Sejak itu dia telah menjalani banyak rawatan dan rutin melakukan semua nasihat doktor.

"Setelah melalui beberapa siri rawatan intensif, doktor memberi khabar baik, dirinya positif bebas kanser," kata wakil Dutt.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram @duttsanjay

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: