25 October 2020

SAZRIN AIZUL TERKEJUT BILA CEMPEDAK DIBELINYA ADA ULAT



Pelakon dan penyanyi, Sazrin Aizul baru-baru ini telah berkongsi satu insiden yang berlaku dimana cempedak goreng yang dibelinya di sekitar Taman Melawati, pada petang semalam mengandungi ulat bulu.

Sazrin berkata, dia menyedari kewujudan ulat itu selepas membuka cempedak untuk membuang biji: "Saya beli RM10 untuk tujuh ulas. Selepas makan empat ulas, saya tergerak hati nak buka dulu sebab keluarkan biji.

"Terkejut tengok ada seekor dalam tu. Elok lagi keadaan ulat tu sebab tak hangus pun. Memang ngeri. Saya terus buang semua baki yang masih ada," katanya.

Sazrin berkata, dia tidak mahu menyalahkan peniaga itu kerana beranggapan ia di luar pengetahuan.: "Peniaga tu pun tak tahu apa-apa. Tak boleh salahkan dia. Kalau dia tahu ada ulat, mungkin dia pun takkan jual.

"Ini pengalaman pertama saya. Apa pun, saya nak pesan hati-hati kalau nak makan sesuatu. Kalau boleh jangan main makan terus. Cuba tengok dulu," katanya.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: