28 October 2020

"SUAMI PILIH SEBAB NAK KEKALKAN NAMA KELUARGA" - FARA HEZEL TAK LAYAN KOMEN NEGATIF



"Nama tu suami saya yang pilih sebab nak mengekalkan nama keluarga. Bagi saya sendiri tiada masalah pun bila ada yang mengatakan nama itu terlalu panjang.

"Saya tak layan sangat benda negatif ni, hanya ambil yang positif saja. Lagipun bukannya saya baca pun semua komen-komen itu," demikian kata penyanyi Fara Hezel yang menyatakan suaminya, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin yang memilih nama untuk putera sulung mereka.

Menurut Fara, 24, keputusan itu dibuat kerana ingin mengekalkan nama keluarga suaminya. Tambah kakak kepada penyanyi Aiman Tino itu, dia tidak memandang serius dengan isu yang diperkatakan dalam kalangan netizen.

Sebelum ini, ada segelintir pengikut pelantun lagu 'Sukar Untukku' tersebut beranggapan nama yang diberikan terlalu panjang.

Klik untuk gambar besar



"@suri_adrianaa: Panjangnya nama. - "@_aidaa.ad: Panjang lah nama anak dia sebab suami dia pun kerabat Terengganu. Lagipun anak dia suka hati dia lah.

"@bombayyy____: Panjang nama kesian nak sekolah esok. - "@_nasuhaamira._: Alhamdulillah. Nama pun panjang macam mana nak panggil nama si putera tu," antara komen-komen yang ditulis.

Untuk makluman, Fara mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin pada 20 Disember 2019. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra pada 18 Oktober lalu.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fara Hezel

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: