11 October 2020

TAHNIAH - JASMIN HAMID SELAMAT TERIMA MENANTU



"10 Oktober 2020. Syukur Alhamdulillah. Dengan izin Allah, hanya sekali lafaz, anak bujang sulung saya @lukhmanman telah sah menjadi suami kepada menantu pertama saya @fiezafizzry.

"Saya amat bersyukur dan terharu kerana telah menjalankan amanah Allah yang dipertanggungjawabkan pada saya selepas ketiadaan kedua arwah ibubapa saya.

"Semua urusan kami di permudahkan Allah. Alhamdulillah. Anak saya lepas ni akan jadi Mr. Budu," tulis pelakon Jasmin Hamid apabila dia selamat menerima menantu selepas anak lelaki sulungnya, Lukhman Hakim sah diijabkabulkan semalam.

Klik untuk gambar besar



Menurut Jasmin, 48, dia berasa bersyukur dan terharu kerana amanah Allah yang selama ini dipikul telah selesai. Perkongsian itu turut dimuat naik dengan beberapa keping foto bersama pasangan suami isteri itu sebagai kenang-kenangan menerusi laman Instagram.

Sementara itu, pelakon drama '7 Hari Mencintaiku 2' mendedahkan anak lelakinya itu juga tidak dapat menahan air mata disebabkan ketiadaan arwah atuk dan nenek pada hari tersebut.

"Kental la macamana sekalipun, jatuh juga air mata hero pada hari pernikahan. Katanya sedih sebab arwah ibu bapa saya tak dapat tengok dia jadi suami," tulisnya lagi.



Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

"@nurulakmarkaman: Tahniah kak dapat menantu dah. - "@chehuzaimahhussain: Alhamdulillah dan tahniah buat pasangan pengantin. Tahniah juga untuk Kak Min yang dapat menantu. Semoga cepat-cepat dapat cucu.

"@lilymustapha: Tahniah, syukur alhamdulillah. - "@shariffzhr: Anak beranak. Semoga kekal ke Jannah," antara komen-komen yang ditulis.




















www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Jasmin Hamid

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: