26 October 2020

TAHNIAH - TEGAR KINI BERGELAR AYAH DIUSIA 19 TAHUN, TIMANG ANAK LELAKI



Penyanyi Indonesia yang popular menerusi lagu 'Aku Yang Dulu, Bukanlah Yang Sekarang', Tegar Septian, 19, telah selamat menimang cahaya mata sulung iaitu bayi lelaki apabila isterinya, Sarah Sheilka, 23, selamat bersalin baru-baru ini.

Khabar gembira itu dikongsinya di Instagram Story menerusi perkongsian semula foto dimuat naik teman terdekatnya yang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Dalam foto berkenaan, Tegar yang kini bergelar bapa di usia muda itu kelihatan ceria di samping bayinya. Bagaimanapun, Tegar belum mengumumkan nama anaknya itu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 20 Mac lalu di sini. Keputusannya mengejutkan pelbagai pihak terutama peminatnya apabila memilih untuk berkahwin pada usia semuda itu.

Klik untuk gambar besar



Tidak lama selepas itu, dia kemudian mengumumkan isterinya hamil. Ternyata dia sangat teruja untuk menimang cahaya mata pertama mereka.

Tegar yang berasal dari Subang, Indonesia melakar sejarah tersendiri kerana memulakan karier nyanyian sebagai penyanyi jalanan pada usia 11 tahun sebelum menjadi penyanyi terkenal.

Usaha kerasnya dalam nyanyian berjaya mengubah kehidupan keluarganya yang sebelumnya hidup miskin. Bagaimanapun dia kemudian hidup miskin semula, manakala ibunya kembali menjadi pengemis jalanan selepas dilaporkan menjadi mangsa penipuan.





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Tegar Septian & Sarah Sheilka

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: