10 October 2020

TAWARAN BERLAKON - CIK MANGGIS REDA HILANG SELEPAS BERTUDUNG



"Ada juga tawaran datang tapi tiba-tiba ditarik semula sebab saya dah bertudung. Tapi satu hilang... banyak pula yang datang. Jadi bagi saya, tak pernah risau pun kalau berhijrah atau tukar imej.

"Rezeki semua datang daripada Allah. Mungkin rezeki yang Allah berikan sebab saya betul-betul yakin dengan-Nya. Sejujurnya, penghijrahan ini membuatkan saya lebih tenang dan menjaga diri.

"Ada masalah atau tawaran ditarik semula pun, saya rasa tenang saja dan reda bukan rezeki. Saya pun tengah perbaiki diri menjadi lebih yakin dan reda dengan apa yang berlaku.

"Yang penting, suami saya paling gembira. Sedikit sebanyak memang berubah kehidupan saya tapi tetap menjadi diri sendiri," kata ahli kumpulan De Fam iaitu Cik Manggis.

Klik untuk gambar besar



Keputusan Cik Manggis untuk bertudung menyebabkan ada pihak yang menarik semula tawaran berlakon dalam sebuah drama yang diterima sebelum berhijab.

Menurut Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin, 31, dia reda dan tidak pernah berasa bimbang kehilangan tawaran tersebut kerana percaya dengan rezeki lain daripada Allah.

Malah, penghijrahan yang dilakukan itu membuatkan suaminya iaitu Syazmin Firdaus Aminuddin gembira dan dirinya juga semakin tenang berdepan dengan dugaan.

Sekitar bulan Julai lalu, Manggis mengakui dia sudah membuat keputusan untuk bertudung dan mahu perhijrahannya itu dilakukan secara perlahan-lahan untuk memastikan dirinya bersedia.



Dalam pada itu, dia yang ketika ditemui di majlis perlancaraan dan memperkenalkan dirinya sebagai duta produk mandian Xorra itu turut meluahkan rasa syukur apabila Allah memakbulkan doanya yang ingin menjadi seorang duta sejak lima tahun menceburi dunia seni.

"Sebenarnya kalau tanya untuk menjadi duta ni, saya memang rasa nak menangis. Selepas saya berhijrah, saya ada berdoa agar diberi peluang menjadi duta sebab sepanjang lima tahun dalam industri tak pernah saya dapat tawaran.

"Dalam doa saya itu, saya letak keyakinan yang semua rezeki milik-Nya. Tak sampai seminggu saya dapat tawaran untuk jadi duta. Bukan satu... tapi empat tawaran dalam masa yang sama.

"Saya beritahu suami yang doa saya dah termakbul. Untuk tawaran itu, saya pilih yang mana sesuai dengan imej dan saya terpikat untuk jadi duta produk body wash," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Manggis Defam & Syazmin Firdaus

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: