10 October 2020

MOHON MAAF FOTO KETERLALUAN - HUNNY MADU AKUI SUDAH KAHWINI JEJAKA ITALI MEI LALU



"Semua itu timbul sebab ada yang tak tahu perkara sebenar yang saya dan dia sudah berkahwin. Sebab itu saya ambil kesempatan untuk meleraikan persoalan ini," demikianlah kata penyanyi dan pengacara, Hunny Madu yang mengesahkan sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan jejaka Itali yang juga cef di ibu kota, Fedrighi Francesco pada 2 Mei lalu. 

Dalam pada itu, Hunny juga ingin memohon maaf kepada pihak yang terasa dengan gambar yang dimuat naik bersama suami yang dianggap keterlaluan dikongsi di laman Instagram. Ia susulan gambar percutian yang dimuat naik di Instagram memaparkan Hunny bersama jejaka Mat Salleh.

Majlis pernikahan yang diadakan di kediaman keluarga Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim di sini dibuat secara dalam talian memandangkan situasi pandemik COVID 19 masih belum reda. Suaminya yang memeluk agama Islam sejak Februari lalu sudah menetap di Malaysia sejak Januari 2018.

"Kami hanya maklumkan keputusan berkahwin ini kepada keluarga terdekat dan kawan rapat saja. Majlis nikah memang ringkas dan hanya disaksikan adik beradik, ibu bapa dan dua anak saya. Ustaz yang bertugas menjadi saksi pernikahan kami berada di lokasi berbeza.

Klik untuk gambar besar



"Baju nikah pun kami pinjam sebagai memenuhi syarat kerana keterbatasan waktu untuk menyiapkan yang baru. Cukup sebegitu untuk jadi memori kenangan saya dan suami," jelasnya.

Menurut Hunny, majlis resepsi sepatutnya berlangsung pada September lalu, namun ditunda ekoran sebab tertentu. Pasangan ini juga sempat ke Pulau Langkawi untuk percutian keluarga yang turut disertai dua anaknya.

"Majlis terpaksa ditunda kerana ada hal yang tak boleh saya kongsikan. Insya Allah, majlis yang dirancang itu akan diadakan pada masa yang lebih sesuai waktu mendatang," ujarnya.



Pasangan ini juga sempat ke Pulau Langkawi untuk percutian keluarga yang turut disertai dua anaknya: "Nak kata bulan madu pun tidak. Tapi percutian baru baru ini itu umpama bulan madu bersama keluarga kecil saya," katanya.

Hunny juga memanjat kesyukuran kerana dipertemukan dengan suami yang disifatkan cukup baik kepada dirinya, anak serta keluarga: "Saya bertuah ada dia. Dia buat saya bahagia. Semoga hubungan kami ini akan kekal sampai ke jannah. Insya Allah," tuturnya.

Terdahulu, Hunny pernah berkahwin dengan Khairul Azhar Abdul Wahid pada 2010 dan bercerai pada Oktober 2018. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Eva Medina, 8, dan Adam Musa, 3.




















www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Hunny Madu & Fedrighi Francesco

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: