10 October 2020

GARA-GARA HIDUP SUSAH - MILA JIRIN PERNAH KUTIP TIN TEPI JALAN



"Saya anak sulung dalam keluarga dan ibu bapa pula bekerja biasa dengan pendapatan kecil. Bapa saya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan aktiviti lainnya, turut memungut tin di tepi jalan.

"Saya sendiri ada pengalaman ikut bapa pungut tin, memang kasihan. Ibu pula bekerja di kilang untuk bantu pendapatan bapa bagi menyara kami sekeluarga.

"Malah, pernah satu ketika atap rumah kami berlubang, bocor dan rosak akibat tak dapat diganti kerana tiada duit. Bila hujan, basah satu rumah dan itu sangat menyedihkan saya," ujar Mila Jirin, 32, dipetik sebagai berkata.

Ini kerana, kehidupan lampau penyanyi dan usahawan itu tidak seindah sekarang apabila mereka sekeluarga hidup serba kekurangan. Malah dia juga terpaksa melupakan hasrat untuk menyambung pengajian di menara gading disebabkan masalah kewangan.

"Namun, kejayaan menjulang trofi juara AF5 sangat membantu saya untuk mengubah nasib keluarga. Dengan populariti diraih ketika itu, saya dapat memberi keselesaan pada ibu bapa dan adik-beradik.

"Apapun, saya terfikir juga sampai bila akan jadi penyanyi dan terus popular. Justeru, sedikit demi sedikit melalui simpanan dibuat, saya mula berniaga.

Klik untuk gambar besar



"Alhamdulillah, mujur bertemu suami saya, Isz Mustapha, ketika itu yang bertindak sebagai pengurus dan dia banyak membantu dengan mengajar saya selok-belok berniaga," tambahnya.

"Apapun, kejayaan dimiliki saya kini adalah atas doa ibu bapa dan usaha. Namun, saya juga berterima kasih kepada semua pekerja yang banyak membantu dan hingga kini masih setia bersama," katanya di mana empayar perniagaannya dalam industri perkahwinan bernama Bizmilla kini mempunyai 18 dewan yang boleh digunakan untuk sebarang majlis dengan menyediakan beberapa pakej menarik untuk pelanggan.

Terkini, Mila juga dalam proses mengembangkan lagi perniagaannya di bahagian perkhidmatan pembelian dan penghantaran makanan secara dalam talian (online).




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: