10 October 2020

SEDAP NAMA BAYI FAZURA & FATAH - 'NUR FATIMA AISYA'



Jika sebelum ini Fattah Amin dan Fazura enggan memberitahu nama dan memperlihatkan wajah puteri sulung mereka, terkini selepas tujuh hari ianya telah dikongsi oleh mereka untuk peminat.

Mereka mendedahkan nama puteri sulung mereka ialah 'Nur Fatima Aisya Binti Abdul Fattah'.

"Assalamualaikum. Hari ni genap tujuh hari saya dilahirkan pada hari Jumaat, 2hb Oktober 2020.

"Nama saya ialah 'Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah'. Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.

Klik untuk gambar besar



"Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia!

"MasyaAllah.. Love, Fatima. XoXo," tulis Fazura dan suaminya di IG mereka.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: