26 October 2020

'TENGKU MUHAMMAD AISY AL-ABIDIN PETRA' - NAMA ANAK SULUNG FARA HEZEL



Menerusi satu hantaran baru di laman Instagram, penyanyi Fara Hezel telah mendedahkan wajah serta nama anak sulungnya yang dilahirkan pada 18 Oktober lalu. 

"Bismillahirrahmanirrahim... Syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan rezeki kepada kami seorang cahaya mata yang selamat dilahirkan pada 18/10/2020 jam 6.05am.

"Terima kasih kepada semua yg mendoakan putera sulung kami, Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra bin Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin," titip ibu muda berusia 24 tahun ini.

Klik untuk gambar besar



Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan anak lelaki Fara atau nama sebenarnya, Nurfaraazira Yusri yang juga kakak kepada penyanyi Aiman Tino itu.

Fara yang popular menerusi lagu 'Setiaku Pasti' itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin pada 20 Disember 2019.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Fara Hezel & Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: