19 October 2020

"TERINGIN SANGAT NAK BERNIQAB... SAMPAI MENANGIS BERITAHU SUAMI" - YATT HAMZAH



Semua sedia maklum mengenai pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa yang baru-baru ini mengumumkan dirinya kini berniqab. Perkara tersebut ketika ini hangat diperkatakan.

Termasuklah pelakon Yatt Hamzah yang memberitahu dia juga mempunyai niat yang sama untuk melakukan penghijrahan seperti itu. Menerusi perkongsian di laman Instagram, Yatt berkata dia pernah menangis ketika menyuarakan hasrat itu kepada suaminya, Zulfadhli Khiruddin namun masih belum kuat untuk berbuat demikian.

"Pernah post gambar ini Jumaat beberapa minggu lalu kalau perasan. Sebelum keguguran dulu. Masa ni tak tahu sedang hamil. Emosi memang tak stabil, patutlah begitu, rupanya sedang hamil.

"Masa ni memang teringin sangat nak berniqab atau at least berpurdah dulu. Tapi tak kuat lagi. Sungguh-sungguh teringin. Wallahi teringin sampai menangis beritahu suami," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Turut memuat naik gambarnya berniqab, Yatt meluahkan rasa teruja apabila melihat rakan sekeliling kini sudah berubah ke arah yang lebih baik. Malah, Yatt turut meminta orang ramai mendoakan dirinya diberi kekuatan untuk menjadi lebih baik.

"Lihat sahabat-sahabat sekeliling sudah mulakan dulu. Diri jadi teruja. MashaaAllah kuatnya mereka. Jadi inspirasi dan motivasi buat diri ini.

"Mohon doakan Bonda bernama Haryati binti Hamzah ini dan semua wanita lain yang sedang struggle untuk jadi lebih baik diberikan kekuatan dalam perjuangan (Mujahadah) ini. Mohon sokongan dan doa semua," tuturnya lagi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Yatt Hamzah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: