15 October 2020

USOP SUDAH PUNYAI KEKASIH, BERHASRAT KAHWIN: "DIA LEBIH TINGGI, BERKULIT CERAH... ANAK MAMI"



"Niat saya lama dah sebelum sertai Big Stage... sebenarnya saya nak kahwin. Buat apa saya nak rahsiakan benda baik macam ini. Memang sudah ada perancangan dan kalau lagi cepat, lagi bagus.

"Benda yang baik buat apa saya lambat-lambatkan," demikianlah kata penyanyi Usop yang mengakui sudah mempunyai kekasih dan berhasrat untuk mendirikan rumah tangga sebelum menyertai program realiti Big Stage 2020 (BS2020).

Menurut Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Noor, 23, biarpun sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin namun dia masih belum menetapkan tarikh yang sesuai.

Dalam pada itu, Usop enggan mendedahkan identiti wanita yang akan menjadi bakal isterinya kerana mereka masih belum mempunyai sebarang ikatan.

Klik untuk gambar besar



Penyanyi lagu 'Pencinta Setiamu' ini yang memenangi tempat kedua dengan membawa pulang RM50,000 berserta trofi di Big Stage itu memberitahu teman wanitanya itu berasal dari Pulau Pinang dan memiliki ketinggian lebih daripadanya serta berkulit cerah.

"Tapi buat masa sekarang, saya perlu rahsiakan identiti kekasih saya. Sebab belum ada ikatan apa-apa lagi, jadi tak boleh la beritahu siapa orang itu.

"Dia bukan dalam kalangan selebriti tapi hanya orang biasa saja. Dia lebih tinggi daripada saya dan berkulit cerah. Orangnya berasal dari Pulau Pinang... anak mami! Saya mengenali si dia selepas saya keluar daripada rancangan realiti Mentor," ujarnya.



www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Usop

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: