08 November 2020

AL-FATIHAH - IBU AARON AZIZ KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pelakon Datuk Aaron Aziz, 44, menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan berita sedih dimana ibunya iaitu Juriana Jaafar telah meninggal dunia, malam tadi.

"Innalillahwainailaihirojiuun. Ya Allah ambillah pahala daripada ibadat umrahku serta selamatkanlah ibuku, Juriana Jaafar dari seksa kubur dan api neraka.

"Ambil lah segala kerja amal ku untuk menemani Ibuku di Alam Barzakh. Dan tempatkan lah Ibuku di antara hamba hamba MU yang akan menikmati Jannahtul Firdaus A'la.

Klik untuk gambar besar



"Allahummaghfirlaha warhamha wa 'afihi wa'fuanha. Saya sayang ibu lebih daripada segala-galanya di dunia ini," tulis pelakon filem 'KL Gangster 2' itu.

Terdahulu, Aaron ada memuat naik foto di hospital dan berharap arwah akan terus kuat. Salam takziah kami ucapkan kepada Aaron dan seluruh ahli keluarga, semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aaron Aziz

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: