19 November 2020

BAKAL DILANCARKAN - NETIZEN HARAP APLIKASI ISLAMIK NEELOFA TANDINGI MUSLIM PRO



Baru-baru ini telah kecoh di media sosial apabila wujud dakwaan data pengguna aplikasi Muslim Pro dilaporkan dijual kepada Amerika Syarikat. Susulan kejadian, ramai dalam kalangan masyarakat Islam khususnya pengguna sendiri menzahirkan rasa marah berikutan insiden tersebut.

Bahkan, ramai juga yang mengambil keputusan memadam aplikasi tersebut dari telefon bimbit masing-masing kerana bimbang andai data mereka diketahui negara barat tersebut. Namun begitu, menurut laporan media, segala spekulasi yang timbul itu dikatakan masih belum temui kesahihannya.

Terbaharu, umat Islam khususnya rakyat Malaysia kini seakan mampu menghembus nafas lega apabila pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa dikatakan sedang merencana untuk melancarkan sebuah aplikasi Islamik yang diberi nama TheNoor.

Klik untuk gambar besar



Lebih membuatkan pengguna senang hati apabila aplikasi itu dilihat sudah mempunyai Instagram tersendiri dan membuat beberapa posting. Rentetan itu, rata-rata pengikutnya seolah gembira dengan perkhabaran itu.

Malah wujud juga para peminatnya meluahkan bangga dengan usahawan itu dan berharap aplikasi ini mampu tandingi aplikasi Muslim Pro apabila dilancarkan kelak.






www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifunara & Oh My Media

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: