Semua sedia mklum mengenai selebriti Indonesia, Oki Setiana Dewi yang telah selamt melahirkan anak keempatnya. Bagaimanapun, Oki mengakui terlalu sedih memikirkan bayinya yang masih belum sembuh dan berada di NICU (Unit Rawatan Intensif Neonatal) sejak dilahirkan pada Isnin.
Menurut Oki puteranya yang diberi nama Sulaiman kini dipantau oleh enam orang doktor kerana mengalami masalah pernafasan.
"Saya dan Sulaiman masih di sini. Masalah pernafahannya sudah membaik, namun ternyata harus ada pemeriksaan lanjutan.. Semalam doktor beritahu Sulaiman harus dipantau oleh 6 doktor. Hingga hari ini saya selalu berdebar saat doktor mengumumkan hasil pemeriksaannya.
"Walaupun tak ingin menangis, ternyata saya masih terus menangis sementara suami menenangkan dan berkata, "Sebelum ini Allah sudah memberikan begitu banyak kebahagiaan.. kita jalani ujian Allah ini," katanya menerusi akaun Instagram miliknya.
Klik untuk gambar besar
Menerusi entri tersebut, dia berkongsi gambar tangan anaknya yang digenggam ketika melawat di NICU.Oki turut berterima kasih kepada yang mendoakan serta memberi sokongan moral kepadanya.
"Tak lupa saya ucapkan terima kasih, pada banyak sahabat yang berkongsi cerita. Begitu banyak cerita yang dilalui dengan begitu sabar dan kuat. Terima kasih telah ‘menemani’ saya dengan sokongan dan cerita-ceritanya. Mohon terus doakan Sulaiman ya," katanya lagi.
Oki melahirkan Sulaiman dengan berat 2.7 kilogram (kg) pada Isnin lalu secara pembedahann. Untuk makluman, Oki mendirikan rumah tangga bersama Ory Vitrio pada tahun 2013 dan mempunyai tiga orang cahaya mata.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Oki Setiana Dewi
________________________

No comments:
Post a Comment