14 November 2020

"BERANI TAWARKAN DIRI JADI MADU?" - ELIZAD BERANG WANITA MAHU KANDUNGKAN ZURIAT SUAMI



"Saya masih bersedih sebab tiada zuriat dan keguguran, tapi macam mana dia berani tawarkan diri untuk menjadi madu? Ada juga yang mesej untuk mengandungkan anak saya dan suami dengan meminta bayaran.

"Ya Allah... sampai macam ini ya?" demikianlah luah pelakon, pengacara dan penyampai radio, Siti Elizad yang berang apabila ada wanita yang tergamak menghantar mesej kepadanya menawarkan diri untuk menjadi madunya.

Sebelum ini, hasrat Elizad untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila keguguran minggu lalu. Elizad berkata, lebih kecewa wanita berkenaan berani membuat tawaran berkenaan selepas mengetahui dia mengalami keguguran. Malah, ada yang menawarkan diri untuk kandungkan zuriat dengan suaminya serta meminta bayaran.

Isnin lalu, Elizad berkongsi berita duka apabila mengalami keguguran selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF). Meskipun keguguran, Elizad meluahkan rasa syukur sempat merasai nikmat menjadi ibu walaupun selama beberapa hari.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Siti Elizad

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: