16 November 2020

"BERSENGKANG MATA... TERTUSUK JARUM, MELECUR..." - BAPA TATA RIAS SISSY IMANN, SEDIH TIADA MAHU TAJA



"Penampilan anak aku dikecam hebat di ABPBH2020. Aku la penyebabnya tapi aku tetap bangga dia dah lakukan yang terbaik malam itu. Biarlah orang nak kutuk pun, aku akur dan sedar diri bukan siapa-siapa.

"Aku seorang bapa yang hanya melakukan tanggungjawab supaya anak aku meraih kejayaan. Aku tetap akan lakukan sehabis baik selagi diperlukan dan selagi kudrat masih ada.

"Tak ada hamba Allah yang nak sponsor dan benar-benar dekati pun. Baik busana mahupun kelengkapan dirinya untuk berada di pentas kecil mahupun di tempat gah. Aku bukan jenis yang meminta-minta.

"Daripada awal aku sendiri yang bersengkang mata untuk jahitkan batu perhiasan di baju. Entah berapa ribu kali jari ini tertusuk dek jarum. Mata ini bukanlah terang sangat pun.

Klik untuk gambar besar



"Melecur juga kena gam panas membuat subangnya. Dandankan rambut, sarungkan baju... betulkan segalanya. Terbakar dan melecur tangan dek terkena panas curler dan iron apabila mendandan rambutnya.

"Aku ni bukanlah profesional pun yang tahu segalanya tapi aku tetap melakukannya demi dia anak aku. Setiap kali dia beraksi aku akan sentiasa mahu berada sama tuk memastikan she looks good di mata aku.

"Sekurang-kurangnya dia berada dalam keadaan sopan serta tertib dan sampai aku lupa aku ni bertongkat. Orang boleh mengecam tapi jerih perih aku, hanya Allah saja yang tahu," tulis bapa penyanyi Sissy Imann iaitu Mohammad Kamil Moustaff tampil yang mengakui bahawa dia adalah individu yang bertanggungjawab menata rias anaknya pada acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33).



Kamil membuat luahan tersebut menerusi Instagram miliknya selepas penampilan Sissy, 25, yang mengendalikan karpet merah ABPBH33 pada malam Jumaat lalu telah menerima kecaman daripada netizen yang menganggap tidak menarik untuk acara berprestij itu..

Penyanyi lagu 'Pesanan Ayahanda' itu turut bergandingan dengan pelakon Sean Lee di karpet merah ABPBH33 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Dalam pada itu, bapa Sissy mendedahkan dia sanggup bersengkang mata menyiapkan baju Sissy demi memastikan anaknya tampil sempurna untuk acara itu.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Sissy Imann & Aliff Kamil

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: