15 November 2020

BILA BAJU AINA ABDUL DI ABPBH-33 DISAMAKAN AISKRIM MCD



"Nakal eh koranggg🤣 now im hungry!! nak makan ais krim nii💙🤍 @mcdonaldsmalaysia," tulis penyanyi Aina Abdul yang tidak melatah apabila persalinannya berona biru hitam beropol khas sempena majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-33 disamakan dengan aiskrim McDonald's, iaitu Sea Salt McFlurry.

Aina sering saja tampil dengan fesyen unik sepanjang kemunculannya dalam mana-mana acara mahupun muzik video lagunya sendiri. Meninjau ruangan komen, peminat Aina turut meninggalkan respon terhibur dengan cara penyanyi itu melayan pengikutnya di Instagram.

Terdahulu, busana Aina ketika Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) pernah menerima kritikan termasuk disamakan dengan aiskrim sundae perisa strawberry McDonald's.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Aina Abdul

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: