27 November 2020

"CUKUP-CUKUPLAH SEBARKAN KEAIBAN..." - PU SYED MINTA NETIZEN HENTI SELONGKAR PASAL DA'I SYED



Semua sedia maklum mengenai kisah hangat yang melanda Da'i Syed yang kini ditahan pihak polis pada Khamis malam dan direman lima hari bermula Jumaat sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan dakwaan kes merogol.

Perkara tersebut telah mendapat perhatian pencetus Ummah (PU) Syed Bakri. Beliau menerusi perkongsian di laman Instagram telah tampil menasihati netizen agar tidak menyebarkan perkara yang belum pasti mengenai rakan industrinya itu.

Dalam status tersebut, PU Syed berkata lebih baik jika perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa sahaja tanpa perlu campur tangan orang ramai sehingga ada yang sanggup terus membuka aibnya.

Klik untuk gambar besar



"Maaf ambe (saya) bukan Da'i Syed dan Da'i Syed juga bukannya ambe. Jika benar seperti dakwaan terhadapnya, biarlah mahkamah yang menghakiminya. Toksahlah (tak perlulah) kita selongkar kisah-kisah yang patut ditutupi kecualilah ia didedahkan sendiri olehNya," katanya.

PU Syed turut menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk sentiasa beringat bahawa setiap individu juga mempunyai aib sendiri, cuma ia terselindung daripada umum kerana 'dijaga' oleh Allah.

"Berat sangat mehnah (ujian) dan pancaroba menjadi pendakwah pada usia muda tanpa persediaaan yang sebenar dan sebetulnya. Kita juga ada aib yang Allah simpan, maka untuk itu cukup-cukuplah kita sebarkan keaiban manusia lain dek kerana inginkan sensasi dan panas," tuturnya.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram PU Syed & Da'i Syed

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: