18 November 2020

FAZURA GEMBIRA SELESAI BERPANTANG, CINCIN TUNANG MUAT DIPAKAI SEMULA



Pelakon dan penyanyi Nur Fazura akhirnya sudah pun selesai menjalani proses berpantang selama 44 hari, selepas selamat melahirkan cahaya mata sulung yang beri nama Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober lalu.

Menerusi perkongsian di Insta Story suaminya, pelakon Fattah Amin turut berkongsikan momen sedang menemani Fazura sedang makan makanan kegemarannya. Fattah berkata sudah lama isterinya teringin menikmati makanan tersebut.

Bukan sahaja boleh makan makanan kegemarannya, Fazura turut memuat naik foto di Insta Story meluahkan rasa gembira cincin tunangnya juga sudah muat untuk dipakai semula.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, meskipun gembira sudah habis menjalani proses berpentang, namun Fazura berkata dia tetap akan berjaga-jaga lebih-lebih lagi dari segi pemakanan.

Meskipun sudah sebulan berlalu, sehingga kini Fazura dan Fattah masih belum mendedahkan wajah bayi mereka kepada umum.




www.myartis.com / Sumber & foto: Hot FM & Instagram Nur Fazura

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: