27 November 2020

'GERAK KHAS THE FINALE' BAKAL DITAYANGKAN DI TV3 SETELAH 21 TAHUN DI RTM



Drama siri popular 'Gerak Khas' merupakan drama televisyen kepolisan terbitan Skop Production dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia. Ia telah menjadikan siri televisyen ini sebagai antara pilihan utama rakyat Malaysia. Malahan siri Gerak Khas ini juga pernah diadaptasi dalam bentuk filem pada tahun 2001, 2002 dan 2005.

'Gerak Khas' memaparkan pelbagai kisah dan kes jenayah seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, dadah dan sebagainya, ia telah menjadikan siri televisyen ini sebagai antara pilihan utama rakyat Malaysia. Malahan siri Gerak Khas ini juga pernah diadaptasi dalam bentuk filem pada tahun 2001, 2002 dan 2005.

Antara barisan pelakon asal yang pernah membintangi siri 'Gerak Khas' ini adalah Datuk Yusof Haslam, A. Galak, Farid Amirul, Deen Maidin, AC Mizal dan Abby Abadi. Kini ia turut dibintangi oleh Norman Hakim, C. Kumaresan, Salina Saibi, Zul Ariffin, Sheera Iskandar, Erra Fazira dan ramai lagi.

Klik untuk gambar besar



Pencapaian paling bermakna buat Skop Production adalah ketika siri 'Gerak Khas' yang mula bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 5 April 1999 itu diberikan pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records sebagai "Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran" pada tahun 2009.

Kini setelah 21 tahun bersiaran di RTM TV2, 'Gerak Khas The Finale' akan mula ditayangkan di TV3 pula mulai 4 Disember 2020, setiap Jumaat dan Sabtu jam 10.30 malam.



Perkongsian tersebut membuatkan netizen terkejut dan tertanya-tanya kenapa siri akhir 'Gerak Khas' ditayangkan di TV3 sedangkan sudah berpuluh tahun ditayangkan di RTM.

Malah, ada juga yang tidak sabar mahu menyaksikan pengakhiran siri ini yang seperti tiada penghujungnya. Tidak hanya itu, para netizen juga mengharapkan kemunculan sarjan 'misai' dan juga inspektor Mazlan.

Bagi anda peminat drama siri ini, jangan terlepas menontonnya.









www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara, Lagenda Press & Vocket

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: