05 November 2020

'LIANA ELDORA DELISHA' - NAMA ANAK SULUNG AMEER SOFARZ



Pada tangga 27 Oktober lalu, penyanyi Ameer Sofarz telah bergelar bapa selepas isterinya selamat melahirkan anak sulung mereka setelah lima tahun menanti. Genap sembilan hari dilahirkan, hari ini Ameer berkongsi nama serta foto terkini yang memaparkan wajah puterinya itu.

Ameer atau nama sebenarnya Amir Mahiyiddiin dan isteri telah bersepakat untuk menamakan anak mereka itu dengan nama 'Liana Eldora Delisha'.

"Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, saya baby Liana Eldora Delisha. Harini hari ke-9 saya dilahirkan. Doakan saya menjadi anak yang solehah dan sentiasa di dalam lindungan Allah S.W.T serta sentiasa dirahmati dunia akhirat. Amin," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Pengumuman tersebut dikongsikan oleh Ameer menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya. Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut memuji wajah comel anaknya itu.

Untuk makluman, Ameer telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati Saidatul Nazriah Abdul Latif pada January 2015.



















www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Ameer Sofarz

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: