22 November 2020

SAMBUT 'BABY SHOWER' - RAMAI NETIZEN TEKA KANDUNGAN ZAHIRAH 'BABY BOY'



Pelakon Zahirah Macwilson yang kini sedang mengandung hampir mencecah lapan bulan itu bersama suaminya, pelakon Aiman Hakim Redza baru-baru ini telah menyambut majlis 'baby shower'.

Menerusi laman sosial Instagram, Zahirah dan Aiman berkongsi foto-foto sambutan penuh meriah yang diadakan di Perth Australia itu di samping ahli keluarga tercinta.

"Oh, Baby 🤍💛 Thank you to everyone for making our baby shower a day to remember. Boy or Girl? 🤍💛," tulis Zahirah di ruangan kapsyen yang sehingga kini masih tidak mendedahkan jantina anak yang bakal dilahirkan.

Klik untuk gambar besar



Pada majlis bertemakan warna putih dan oren lembut itu, Zahirah turut memaklumkan semua hidangan pastri termasuklah kek utama disediakan oleh ibunya, Maslinda Yusof yang merupakan seorang bekas chef.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen meneka Zahirah bakal menerima kehadiran cahaya mata lelaki berdasarkan wajahnya yang berseri-seri. Tidak kurang juga ramai rakan selebriti yang turut meneka pasangan ini bakal mendapat anak perempuan.

"Baby boy ni sebab Zahirah nampak berseri-seri," tulis seorang wargamaya. - "Teka boy juga sebab muka berseri lain macam. Kalau girl, ibu tak berseri sebab dia sedut kecantikan ibu," komen seorang wargamaya.



"Perut tajam, muka berseri, pinggang boleh nampak bentuk lagi, Insya-Allah baby boy ni," kata seorang wargamaya. - "Tak kisah jantina apa harapnya bayi sihat. Semoga Allah permudahkan segalanya," doa seorang wargamaya.

Hujung Oktober lalu, Zahirah dan Aiman terbang pulang ke Perth, Australia bagi melahirkan anak sulung mereka di sana. Sehingga kini, foto Zahirah bersama suami itu telah menerima lebih 138,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Untuk makluman, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di Petaling Jaya.












www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Redza & Maslinda Yusoff

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: