30 November 2020

SHARNAAZ ULAS ISU POLIGAMI: "KALAU DIBERI PELUANG, APA SALAHNYA"



Pelakon Sharnaaz Ahmad berkata ianya tidak menjadi sesuatu yang sukar baginya untuk membawa watak sebagai lelaki yang berpoligami dan mempunyai tiga isteri menerusi drama terbaru 'Isteri Misteri' yang kini disiarkan di kaca televisyen.

Namun, Sharnaaz akui poligami di dunia realiti bukanlah sesuatu yang boleh dijangka apatah lagi dia juga kini bergelar duda. Kata Sharnaaz lagi, jika belum ada kemampuan janganlah cuba untuk berpoligami.

"Mempunyai lebih daripada seorang isteri itu mungkin tak semua orang mampu, sekiranya tak ada kriteria itu dan belum cukup ilmu, janganlah mencuba-cuba.

Klik untuk gambar besar



"Saya sendiri pun kena kahwin dahulu baru boleh bicarakan sama ada saya mampu atau tidak untuk berpoligami. Tapi, kalau diberi peluang, apa salahnya," kata Sharnaaz dalam nada bergurau.

Mengulas mengenai drama lakonannya itu, Sharnaaz berkata banyak perkara yang boleh diperbincangkan dengan lebih mendalam apabila menyentuh persoalan berhubung poligami.

"Kalau nak diikutkan, akan ada pihak yang menyentuh mengenai kecurangan dan sebagainya bila kita bercakap mengenai poligami. Jadi, kita tak mahu penonton tertekan dengan perkara-perkara berat begitu dan cuba sajikan secara hiburan ringan buat tontonan mereka," katanya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Sharnaaz Ahmad

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: