30 November 2020

PEMBANTU RUMAH PULANG KE FILIPINA - HAIRUL & HANIS SEKELUARGA SEBAK



Bagi yang sering mengikuti laman Instagram Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, pasti anda mengetahui pasangan ini tidak lokek berkongsikan aktiviti harian mereka sekeluarga, malah ramai yang suka melihat telatah anak mereka Yusuf Iskandar dan Alisa.

Bagaimanapun, baru-baru ini Hairul ada memuat naik video sedih detik perpisahan pembantu rumah dengan keluarganya yang sudah berkhidmat lama dengan mereka yang akan pulang ke Filipina.

"Begitulah isteri saya. Thank you for everything Melany, take care 🇵🇭," demikianlah tulis pelakon filem 'Paskal' itu pada kapsyen video tersebut.

Klik untuk gambar besar



Menerusi video itu, anak-anaknya saling berpelukkan dengan pembantu mereka. Paling menjadi perhatian apabila Yusof mengucapkan terima kasih banyak-banyak buat pembantunya yang dikenali sebagai Melany.

Lebih sebak apabila melihat Hanis menangis memeluk erat Melany kerana sedih apabila terpaksa melepaskan seorang pembantu yang sangat berjasa buat keluarga mereka.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat momen perpisahan. Dalam masa sama, ramai yang memuji Yusuf Iskandar yang sopan dan didik dengan baik untuk menghargai pembantu rumahnya. 



































www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Hairul Azreen

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: