27 November 2020

'SHEIKH EUSOFF' & 'SOPHEA EMELIA' - NAMA KEMBAR SEPASANG DR SHEIKH MUSZAPHAR



"Pic - Eusoff & Emelia the name given for our Twins. We decided to go for E & E. Enchanting, Excitement, Empathetic, Ebullient, Effervescent, Efficacious, Embellish, Emancipate, Endearing, Enrapture.

"It will be Sheikh Eusoff & Sophea Emelia just like our other kids, Sheikh Adam, Sheikh Noah, Sheikh Eusoff, Sophea Isabella, Sophea Natasha, Sophea Emelia

"Semoga menjadi anak anak yang Soleh & Soleha. Berkehendak & Bertuhan kepada Allah. Berbakti kepada IbuBapa. Berilmu & Beriman. Berpaksi kepada Kebenaran. Berbakti kepada Ummah. Berjaya Dunia Akhirah.

"Amiinn Amiinn Amiinn Ya Rabb. Sebagai AYAH kupohon Doa. Makbulkan Doaku. Di Hari Baraqah ini. Salam Jumaat Everyone. Love As Always. PS - TQ Everyone for guiding us with beautiful names," tulis angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar.

Klik untuk gambar besar



Menerusi entri di laman Instagram, Dr. Sheikh Muszaphar telah mendedahkan nama bayi kembarnya itu yang kini sudah mencecah usia 7 hari selepas isterinya, Dr. Harlina Mohd Yunos selamat melahirkan sepasang cahaya mata kembar lelaki dan perempuan yang dilahirkan selang seminit pada Jumaat lalu iaitu 20 November 2020.

Melihat di pada ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah selain turut memuji nama bayi pasangan kembar itu.

Terdahulu, Dr Muszaphar, 48, berkahwin dengan Dr Halina, 39, Mohd pada Oktober 2010 dan sebelum ini telah dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Dua orang puteri yang diberi nama Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta dua putera kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.



Sementara itu, isteri Dr Sheikh Muszaphar menyifatkan proses bersalin bayi kembarnya baru-baru ini seperti bulan madu. Mana tidaknya, sejak mendirikan rumah tangga 10 tahun lalu, itu menjadi detik pertama mereka meninggalkan anak-anak mereka dalam tempoh yang lama.

"Sudah seminggu saya melahirkan anak kembar, sepanjang 7 hari, 5 hari kami berada di hospital. Suami saya datang menemankan saya setiap malam sebab saya mengada, saja nak manja-manja dan perlukan bantuan.

"Ia rasa seperti bulan madu kepada kami kecuali lokasinya di hospital dengan kesan jahitan pembedahan caeser dan suami saya tidur di tilam sofa," tulisnya menerusi Instagramnya.



Kata Dr. Halina lagi, sejak berkahwin mereka sentiasa pastikan anak-anak berada di samping mereka: "Sejak kami berkahwin sudah 10 tahun, kami tak pernah tinggalkan anak-anak kami.

"Kami akan pastikan salah seorang daripada kami akan bersama mereka jika ada antara kami yang perlu berjauhan dalam tempoh yang lama. Jadi, inilah kali pertama anak-anak tinggal bersama TokYah.

"Adalah rasa seperti pengantin baru di situ dan ketika membawa pulang dua kembar untuk bertemu lagi empat, rasanya seperti membuka lembaran baharu dalam hidup kami," tambahnya.




















www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Astro Gempak, Instagram Datuk Dr. Sheikh Muszaphar & Dr. Harlina Mohd Yunos

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: