10 November 2020

"SPEECHLESS! ALHAMDULILLAH YA ALLAH!" - FITRI HARIS TERKEJUT ISTERI HAMIL



Menerusi entri terbaru yang dimuat naik di laman Instagram, juara Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua, Dr. Fitri Haris telah meluahkan rasa syukur apabila isterinya memaklumkan kini sedang berbadan dua. Fitri, 35, dikejutkan dengan berita berkenaan ketika sedang khusyuk bekerja di kediaman mereka baru-baru ini.

"Speechless! Alhamdulillah ya Allah! Tak sangka... Kalau sakit jantung mahu tercabut. Terima kasih atas doa dan mohon doa dari semua. Alhamdulilah! Alhamdulillah!" tulisnya.

Dalam entri yang sebelum ini, Fitri memberi ucapan syukur dan ia seakan-akan memberikan bayangan khabar gembira darinya kepada peminat. Menerusi entri terbabit juga, ramai yang sudah membuat telahan bahawa isterinya itu kini hamil.

Mengimbas semula, hasrat Fitri untuk menimang cahaya mata pertama bersama isterinya itu tidak kesampaian setelah mengalami keguguran pada Januari lalu.

Klik untuk gambar besar



Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC ini mempunyai seorang anak bernama Sofea Solehah, 15, yang menetap bersama bekas isterinya di Singapura. Manakala Fazilah pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam yang kini berusia sembilan tahun.

Fitri dan El atau nama sebenarnya Fazilah Omar yang merupakan pengurus peribadinya telah mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu, bekas anggota kumpulan nasyid UNIC ini dikurniakan seorang anak perempuan, Sofea Solehah yang kini berusia 16 tahun.

Manakala isteri Fitri pula pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam yang kini berusia sembilan tahun.

















www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fitri Haris

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: