06 November 2020

"TAK PERLU PUTAR BELIT CAKAP SAYA PULA FITNAH" - AWAL ASHAARI



Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Awal Ashaari telah didakwa menfitnah sebuah syarikat hiasan dalaman dan perabot tempatan, Naz Carpentry. Awal, 39, bagaimanapun tampil memberi penjelasan dan menegaskan dia mempunyai semua bukti yang menunjukkan pemilik dan syarikat hiasan itu tidak memberi kerjasama yang baik.

"Alih-alih hari ini tuduh saya pulak yang fitnah syarikat dia? Come on lah. Saya mempunyai perkara yang lebih baik daripada menjatuhkan perniagaan anda yang tidak profesional langsung tu.

"Saya ada semua sebut harga, butiran pembayaran, emel, perbualan WhatsApp dan saya juga mempunyai semua bukti yang korang buat kerja tangkap muat. Kau ambil wang saya, buat kerja ala kadar dan sekarang konon-konon nak play victim? Silap orang la bro," katanya menerusi sebuah entri di Instagram Stories, semalam.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Scha Alyahya ini turut mencabar pemilik tersebut untuk datang berjumpa secara empat mata: "Aku cabar kau keluarkan drawing, floor plan dan final approved designs kalau kau ada? Construction pun takda plan.. Apa cerita?

"Yang kau tau, datang site ambik gambar aku, ambik video aku. Sibuk post kat IG bagitau pengikut kau. Aku lantik kau.. Aku cabar kau untuk datang jumpa aku, face to face macam masa korang tak sabar nak minta ratus ribu duit aku dulu.

Klik untuk ganbar besar



"Bukan menyorok belakang bini kau, alih-alih lantik firma nak buat damage control. Aku takkan buang masa nak malukan kau kalau jumpa aku. Jawab email atau panggilan peguam aku.

"Sebenarnya, aku banyak ja mempromosikan carpentry tempatan dan kontraktor atau pereka dalaman yang buat kerja ikhlas, bertanggungjawab dan ada integriti. Takyah la nak turn the table around, cakap aku pulak yang fitnah syarikat kau. Please la," tulisnya.

Menurut Awal, dia sudah membayar wang pendahuluan RM100,000 daripada harga yang dikenakan iaitu RM220,000. Dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih tidak ada kerjasama daripada pihak berkenaan.

"Saya menerusi peguam Azlan Razak & Associates sudah menghubungi pihak terbabit sejak September dan Oktober lalu untuk berbincang perkara ini. Setiap kali nak berjumpa dan bermesyuarat, dia akan batalkan pada saat akhir sehinggalah terus hilang tanpa khabar berita.


"Saya nak tuntut semula wang saya. Apabila dia tidak buat kerja, saya terpaksa melantik kontraktor lain untuk buat semula. Saya pula yang kena tanggung kerugian berganda. Disebabkan itu saya nak tuntut semula wang saya.

"Saya tak teragak-agak untuk bawa kes ini ke mahkamah sekiranya mereka tidak memberikan kerjasama sewajarnya selepas cubaan untuk berbincang beberapa kali gagal.

"Saya juga akan menuntut ganti rugi yang setimpal dengan segala kerosakan yang mereka sudah buat menyebabkan saya perlu mengeluarkan wang lebih banyak untuk membaiki kerosakan itu.

"Kalau nak tahu, saya banyak saja mempromosikan syarikat tempatan, kontraktor atau pereka hiasan dalaman yang buat kerja dengan ikhlas, bertanggungjawab dan ada integriti. Tidak perlu nak putar belit cakap saya pula yang memfitnah," ujarnya.

Terdahulu, beberapa buah portal melaporkan pengasas Naz Carpentry iaitu Azrianna Alyssa mengeluarkan kenyataan mendakwa pengacara program Melodi itu berniat jahat merosakkan imej, jenama dan reputasi syarikatnya. Pihak terbabit turut melantik firma komunikasi dan perhubungan awam bagi menguruskan isu itu.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: