05 December 2020

14 HARI DI NICU - OKI SETIANA DEWI BERSYUKUR BAYINYA DIBENARKAN PULANG



Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, selebrtiti Indonesia, Oki Setiana Dewi meluahkan rasa syukur apabila bayi keempatnya diberi nama Sulaiman telah dibenarkan pulang selepas 14 hari mendapatkan rawatan di NICU (Unit Rawatan Intensif Neonatal).

Dalam entri tersebut, Oki turut bersyukur kerana akhirnya anak bongsunya itu dapat pulang ke rumah buat pertama kali sejak ia dilahirkan pada 16 November lalu.

"Alhamdulillah, tak lupa syukur selalu kami panjatkan kepada Allah akhirnya baby Sulaiman Allah izinkan kondisinya semakin membaik dan sudah boleh berkumpul dirumah bersama kakak-kakaknya. Mohon terus bantu doa agar Allah bantu melancarkan proses pemulihan Baby Sulaiman ya sahabat," katanya.

Oki berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia berkongsi foto bayinya yang selamat berada di rumah. Pun begitu, Oki memberitahu Sulaiman masih perlu menjalani beberapa rawatan susulan.

Klik untuk gambar besar



"Baby Sulaiman masih terus melakukan rawat jalan. Saya pun masih menunggu beberapa hasil pemeriksaan, yang terus terang selalu membuat hati ini berdebar-debar. Takut, cemas, berharap , husnuzon terus bercampur menjadi satu," luahnya lagi.

Terdahulu, difahamkan Sulaiman mengalami masalah pernafasan sejak dilahirkan. Oki melahirkan Sulaiman dengan berat 2.7 kilogram (kg) pada Isnin lalu secara pembedahan. Dia yang mendirikan rumah tangga bersama Ory Vitrio pada tahun 2013 dan mempunyai tiga orang cahaya mata.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Oki Setiana Dewi

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: