27 December 2020

BILA SASHA SAIDIN SUDAH TERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 JENIS SINOPHARM DI UAE



Bakal memasuki tahun baharu iaitu 2021 namun pandemik COVID-19 sehingga kini masih belum reda. Terkini, penyanyi dan pelakon Sasha Saidin menerusi laman Instagram miliknya telah memaklumkan telah mendapat suntikan vaksin COVID-19, baru-baru ini, sekaligus menjadi antara rakyat Malaysia yang pertama yang menerimanya.

Menurut Sasha, dia dan suaminya iaitu Sirhan Wahab yang kini berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mendapat suntikan vaksin tersebut pada hari Khamis yang lalu. Menurut kakak kepada pelakon Zain Saidin ini lagi, dia dan suami telah mendapatkan suntikan vaksin jenis Sinopharm.

Jelasnya lagi, keputusan itu dibuat setelah membuat perbandingan antara satu lagi jenis vaksin iaitu pfizer. Sebelum itu, mereka berdua juga turut ditanyakan mengenai beberapa soalan mengenai alahan dan kesihatan mereka sebelum disuntik.

Klik untuk gambar besar



Dia dalam pada itu sempat menyampaikan pesanan kepada setiap insan agar sentiasa cakna mengenai perkembangan terkini mengenai wabak dan vaksin yang diperkenalkan kepada dunia ketika ini.

Turut mengucapkan penghargaan kepada kerajaan UAE kerana telah memberikan vaksin tersebut secara percuma tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.

Menerusi muat naik yang lain, Sasha memberitahu dia dan suaminya tidak mempunyai sebarang kesan sampingan seperti demam, loya, alahan atau sebagainya selepas beberapa disuntik vaksin tersebut. Kini Sasha bersama pasangan sedang menanti suntikan kedua pula iaitu selepas 21 hari suntikan pertama.





www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Sasha Saidin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: