26 December 2020

CHE TA BUKTIKAN DIRINYA MASIH RELEVAN JADI HEROIN MESKIPUN HAMPIR USIA 50



Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta membuktikan dirinya masih relevan sebagai heroin meskipun usia menghampiri 50 tahun. Umur bukan menjadi penghalang buat Che Ta.

Che Ta yang sudahpun 13 tahun menceburi dunia lakonan itu pastinya sudah mempunyai banyak pengalaman sepanjang dalam dunia lakonan dan bergelar artis. Walaupun begitu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini kini lebih realistik dalam soal mempertimbangkan tawaran berlakon.

"Kalau penyanyi pertaruhkan lagu yang baik untuk melonjak naik, saya percaya pelakon juga bergantung kepada skrip untuk terus membuktikan kemampuannya mewarnai watak diamanahkan.

"Kalau drama itu nak heroin berusia 25 tahun atau yang lebih muda, saya mungkin sudah tidak layak. Namun kalau ada skrip memerlukan watak yang bersuami muda atau pergolakan wanita matang, saya boleh mencubanya," katanya.

Klik untuk gambar besar



Turut meluahkan rasa kesyukuran kerana masih ada yang menghargai bakat yang dimiliki, Che Ta berharap bahawa penerbit serta pengarah drama dan filem lebih mengutamakan bakat lakonan dan tidak menjadikan umur sebagai faktor penghalang.

Perkembangan terkini, Rozita Che Wan kini sedang menjalani penggambaran drama 'Dia Isteriku' arahan Ayie Mustafa dan difahamkan dia telah memegang watak utama menerusi drama 13 episod itu.





www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Astro Gempak & Instagram Rozita Che Wan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: