22 December 2020

DA'I SYED KEMBALI AKTIF DI IG - PEMINAT LUAH RINDU, GEMBIRA



Pendakwah muda Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullai nampaknya kini dilihat telah kembali aktif di laman Instagram miliknya selepas hampir seminggu dibebaskan daripada tahanan reman atas dakwaan salah laku seksual.

Menerusi Insta Story, Da'i Syed dilihat ada memuat naik beberapa nukilan isi hatinya sepanjang dia berada di dalam lokap tahanan selama 13 hari.

Dalam pada itu, seorang rakannya yang juga penyanyi Ryan Deedat memuat naik video sedang makan bersama pendakwah tersebut di media sosial. Da'i Syed dilihat ceria, sempat mengalunkan sedikit lagu berbahasa Arab buat para peminat yang merinduinya.

Perkongsian video di TikTok itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang tidak sabar dan rindu untuk melihat Da'i Syed kembali beraksi di Live Instagram seperti biasa.

Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Ohmymedia & Instagram Da'i Syed

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: