23 December 2020

DIKECAM BERSELOROH MAMPU BELI SELUAR DALAM SENDIRI - ISMAIL IZZANI MOHON MAAF



Kerjaya kini dilihat semakin berkembang apabila menceburkan diri dalam bidang lakonan apabila muncul menerusi drama 'Lelaki Lingkungan Cinta', penyanyi Ismail Izzani baru-baru ini berkongsi gambar berada di sebuah kedai pakaian dimana ia telah mencuri perhatian.

Penyanyi berusia 20 tahun itu dilihat sedang memegang seluar dalam dan berseloroh dengan mengatakan bahawa dia kini boleh berkahwin kerana sudah boleh membeli seluar dalam sendiri.

Menerusi posting itu, Ismail turut sertakan tanda pagar di perkongsian berkenaan bahawa ianya hanya gurauan semata-mata dan meminta maaf sekiranya tidak kelakar dan mengundang kecaman daripada pengikut.

Klik untuk gambar besar



Diruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian berkenaan. Malah, ibunya penyanyi era 1980-an Datin Suliza Salam turut meninggalkan komen pada entri berkenaan.

Ismail kini menjalin hubungan cinta bersama penyanyi baru, Shalma Eliana. Sebelum ini, Ismail berkata dia enggan merahsiahkan perkara itu kerana baginya ia bukan suatu perkara yang salah hingga perlu disembunyikan.







www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Ohmymedia & Instagram Ismail Izzani

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: