13 December 2020

FAUZI NAWAWI TERLUPA ISI MINYAK KERETA - PEKERJA PETROL STATION DM NAK PULANG DUIT



Menerusi satu muat naik di laman Instagram, pelakon senior Fauzi Nawawi telah berkongsi kisah dimana dia sering kali terlupa untuk mengisi minyak meski pun sudah membuat pembayaran di kaunter.

Jelas suami kepada pelakon Lisdawati itu lagi, dia berasa sangat terharu selepas salah seorang pekerja stesen minyak tersebut telah menghubunginya semula di Instagram untuk memulangkan kembali wangnya.

"Hari ni dah kali ke 4 jadi camni. Masuk stesyen minyak bayar duit beli air tin pas tu masuk keta terus jalan. Sampai separuh jalan baru teringat minyak tak isi pun tapi duit dah bagi. Korang pernah jadi tak ?

"Nak pusing balik memang tak mungkin sebab dah masuk highway. Dah paksa hati untuk redho. Tak sangka pula malam-malam ni ada hamba Allah yang sanggup cari saya kat IG untuk pulangkan balik," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Fauzi menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram. Dalam pada itu, pelakon filem Anak Halal ini turut menyifatkan hati pekerja tersebut sebagai jujur dan mulia kerana sanggup bersusah payah untuk mengembalikan semula wangnya itu.

"Memang jujur dan mulia hati adik ni. Kalau orang lain mungkin dah halalkan sendiri. Terima kasih @yna_naim Zahrina kerana sikap amanah dan kejujuran awak hanya Allah mampu membalas budi baik dan keikhlasan hati awak," kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terut memuji sikap pekerja tersebut selain turut menasihati Fauzi supaya lebih peka lagi selepas ini.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Fauzi Nawawi

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: