22 December 2020

HABIS KUARANTIN - ALIFF AZIZ BERTEMU ISTERI & ANAK-ANAK SELEPAS 9 BULAN TERPISAH



Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz akhirnya kembali ke Malaysia untuk bersama semula dengan keluarganya, selepas hampir setahun berada di Singapura dan terpisah dengan isterinya, Bella Astillah serta anak-anak.

Aliff yang sebelum ini tidak dapat pulang ke Malaysia berikutan pandemik COVID-19, kembali ke pangkuan isteri dan anak-anaknya semalam setelah selesai mnejalani kuarantin.

Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram, Bella berkongsikan momen pertemuan mereka selepas sembilan bulan terpisah. Malah, itu juga pertama kali Aliff memangku anak keduanya.

Klik untuk gambar besar



"Alhamdulillah, reunited ❤️ #After9months @iamaliffaziz @aydenadrean17 @araadreanna," tulis Bella.

"Alhamdulillah. A much awaited reunion with the family. Undescribable moment. ❤️✨ @bellaastillah @aydenadrean17 @araadreanna," kata Aliff pula.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur dan gembira apabila akhirnya keluarga itu bersatu semula serta mendoakan semoga kekal bahagia selamanya.






























www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Bella Astillah & Aliff Aziz

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: