22 December 2020

NORA DANISH DIKECAM TAMPIL SEKSI - NETIZEN TERINGAT MASA KHATAM AL-QURAN



Perkongsian Nora Danish di laman Instagram miliknya sejak beberapa hari lalu itu menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu dilihat tidak lokek untuk berkongsikan gambar-gambar percutiannya bersama rakan-rakan di Langkawi.

Namun, ramai yang kurang senang dengan penampilan isteri kepada Nedim Nazri itu yang dilihat agak seksi. Paling menjadi bualan, foto memaparkan Nora memakai gaun warna pink paras lutut yang mendedahkan kulitnya yang putih melepak.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen Instagram pelakon tersebut serta mengecam cara pemakaiannya yang tidak sesuai dengan statusnya sebagai ibu anak dua.

Klik untuk gambar besar



Kata netizen lagi, dengan keadaan dunia sekarang berdepan pandemik Covid-19 sepatutnya lebih mendekatkan diri kepada Allah. Ujar netizen lagi, Nora sememangnya cantik, namun lebih cantik jika berpakaian menutup aurat.

Dalam ada itu, ada yang mengaitkan pemakaiannya dengan video khatam Al-Quran yang dimuat naik olehnya dimana Nora menitiskan air mata kerana berjaya khatam pada 10 malam terakhir pada Ramadan lalu.

Meskipun pelbagai kata-kata negatif dan kecaman diterima, namun Nora enggan ambil pusing dengan apa yang diperkatakan netizen.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Cari Forum & Instagram Nora Danish

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: