03 December 2020

HALEEDA SELAMAT TERIMA MENANTU DI USIA 47 TAHUN



Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi dan pelakon Haleeda memuat naik sekeping foto perkahwinan anak perempuannya bernama Amirah Amani Azman dan menitipkan ucapan istimewa buatnya yang telah disunting orang.

Malah, bintang senior berusia 47 tahun ini turut menzahirkan rasa kegembiraan buat mereka: "As Salam duhai hati. SELAMAT PENGANTIN BARU buat ma one n only @meamadu @adamknaharudin_

"Walaupun majlis kahwin x d benarkn,.. tetap adakn pelamin untk moment korang berdua.. SAYANG & KASIH IBU BUAT KORANG. Terima ksh buat gang2 yg turut hadir membantu Fii Amanillah, love & Smile. #selamatpengantinbaru #daughter #soninlaw," tulis Haleeda.

Amirah merupakan anak hasil perkahwinannya bekas pemain bola sepak kebangsaan, Azman Adnan pada 27 Januari 1995. Bagaimanapun, keduanya telah sah bercerai talak satu pada 9 Oktober 2003.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Haleeda

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: