11 December 2020

HAMPIR 2 TAHUN MENDUDA - SAM BUNKFACE KINI SELAMAT KEMBALI BERGELAR SUAMI



"Salam Jumaat semua. Disini sam ingin kongsi yang sam sudah menikahi Puteri Eifa Ezrin binti Mohd Kushairi. Doakan yang baik2 untuk kami. Alhamdulillah," demikianlah tulis vokalis kumpulan Bunkface.

Perkongsian Sam itu telah mengejutkan peminat apabila memaklumkan dirinya selamat bernikah dengan gadis pilihan hatinya, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi, selepas hampir setahun bergelar duda selepas bercerai pada Januari tahun lalu.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh Sam menerusi laman Instagram miliknya hari ini. Menerusi perkongsian itu, Sam turut memuat naik gambar bersama isteri memakai busana songket berwarna putih berlatarbelakang bunga-bunga yang berwarna-warni.

Klik untuk gambar besar



Rata-rata peminat dan netizen akui terkejut namun tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah serta mendoakan agar rumah tangga mereka kekal bahagia hingga ke syurga.

Terdahulu, penyanyi berusia 32 tahun itu bercerai dengan Aida Azira Husin pada Januari tahun lalu selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq kini berusia empat tahun.





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Sam Bunkface

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: