11 December 2020

TAK SEMPAT BAYAR IKAT JAMIN - DA'I SYED MENITIS AIR MATA BERMALAM LAGI DI LOKAP



Pendakwah muda, Da'i Syed yang sudah 13 hari berada dalam tahanan polis bagi tuduhan salah laku seksual itu nampaknya menitis air mata apabila terpaksa bermalam di lokap lebih kurang tiga malam lagi kerana tidak sempat membayar ikat jaminnya semalam.

Ia susulan pihak penjaminnya tidak sempat untuk melakukan pembayaran wang jaminan bernilai RM35,000 tersebut akibat kekangan waktu sebelum kaunter bayaran di mahkamah ditutup pada pukul 5 petang.

Sehubungan itu Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Syah Iqmal terpaksa dihantar ke Pusat Tahanan Reman Sementara Beranang, Selangor sementara menantikan proses ikat jamin selesai.

Dalam pada itu, peguam Da'i Syed agak terkilan kerana pertuduhan dimulakan agak lewat dan susulan itu pihak penjamin tidak sempat membayar wang ikat jamin di kedua-dua mahkamah terbabit.

Klik untuk gambar besar



"Kaunter jamin bukan mahkamah tetapkan kerana ada satu kaunter yang akan uruskan hal-hal jaminan. Kita difahamkan waktu jamin dah berhenti pada waktu 2.30 petang di Mahkamah Petaling Jaya dan pertuduhan di situ juga lewat habis iaitu pada jam lebih kurang 2.00 petang.

"Disebabkan (penjamin) tidak sempat membayar jaminan maka telah dikeluarkan satu waran penahanan untuk Syed dan dia perlu pergi ke pusat tahanan reman sementara di Beranang hingga tarikh terawal mahkamah dibuka semula," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam.

Katanya lagi, penjamin Da'i Syed merupakan pengurus serta abang kandungnya sendiri akan menguruskan hal urusan jamin itu selewat-lewatnya Isnin depan: "Pada Isnin baru urusan jamin dapat dijalankan kembali," jelasnya lagi.



Difahamkan, pendakwah selebriti tersebut melalui hari yang panjang setelah dihadapkan ke atas tiga pertuduhan di dua mahkamah berbeza di Petaling Jaya dan Shah Alam.

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas dua pertuduhan termasuk cabul dan melakukan seks luar tabii. Pihak berkuasa Petaling Jaya dikhabarkan terus membawa Syed ke Mahkamah Shah Alam untuk meneruskan dakwaan atas pertuduhan merogol.

Susulan itu, bagi pertuduhan tersebut, hakim kedua-dua Mahkamah Sesyen dan Majistret telah memerintahkan tertuduh membayar ikat jamin berjumlah keseluruhan RM25,000 dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa. Dua pertuduhan yang dihadapkan Syed Syah tadi bermula pada jam 11.00 pagi semalam kemudian berakhir lebih kurang jam 1.30 petang.


Berdasarkan penjelasan peguamnya kepada pemberita di Petaling Jaya selepas prosiding di situ selesai semalam, Syed Syah sepatutnya membayar ikat jamin yang dikenakan di Petaling Jaya terlebih dahulu sebelum dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Bagaimanapun, pihak berkuasa di Petaling Jaya dikhabarkan terus membawa Syed Shah ke Mahkamah Shah Alam untuk meneruskan dakwaan atas pertuduhan merogol kerana kaunter ikat jamin di Petaling Jaya itu difahamkan telah tutup.

Syed Syah kemudian berdepan satu lagi pertuduhan merogol di Shah Alam dan dia mengaku tidak bersalah. Setelah mendengar hujah dari pihak pendakwa raya dan peguam bela, Mahkamah Sesyen Shah Alam telah memerintahkan tertuduh untuk membayar ikat jamin berjumlah RM10,000. Bagaimanapun di Shah Alam juga, pihak penjamin tidak sempat melunaskan bayaran tersebut ekoran kaunter ikan jamin tersebut telah ditutup.

Sebelum ini, pendakwah berusia 25 tahun itu telah direman 10 hari di Mahkamah Shah Alam berhubung dakwaan kes merogol kenalan laman sosial Instagramnya. Suspek kemudiannya direman lagi di Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam sehingga Jumaat ini (11 Dis) atas dakwaan serupa.


www.myartis.com / Sumber: MalaysiaKini

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: