11 December 2020

DIDAKWA DOAKAN KESEMBUHAN FAYE KUSAIRI - NETIZEN PUJI ELLY MAZELIN



Baru-baru ini, artis serba boleh yang kini semakin memuncak namanya di persada seni tanah air iaitu Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom, menerusi laman Instagram miliknya telah tampil memuat naik sebuah posting dimana dia menitip doa untuk seseorang.

Susulan itu, timbul pula dakwaan dalam kalangan pengikutnya yang mengatakan berkemungkinan penyanyi, pelakon serta pengacara itu menuju muat naik tersebut buat pelakon Faye Kusairi yang kini berdepan masalah kesihatan.

Menurut Faye sebelum ini, beliau difahamkan secara tiba-tiba diserang Bell's Palsy iaitu lumpuh pada sebelah muka pada Jumaat lalu ketika sedang menggosok gigi di rumahnya sebelum otot muka sebelah kanannya berasa kejang.

Klik untuk gambar besar



Susulan itu, rata-rata peminat dan pengikutnya yakin bahawa doa yang dipohon Kak Lina Pom Pom itu ditujukan khas buat Faye yang kini dalam proses untuk sembuh selepas keluar dari hospital.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila isu hangat yang melibatkan nama Elly dengan bekas suaminya iaitu pengarah drama Azmi Hatta bertindak untuk mengahwini Faye selepas menceraikannya. Bahkan, apa yang lebih memeranjatkan, Azmi juga didakwa tidak membayar nafkah buat anak tunggal mereka.




www.myartis.com / Sumber & foto: Beutifulnara, Instagram Elly Mazlein & Faye Kusairi

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: