28 December 2020

"KACAK SANGAT KE SAYA SAMPAI DITUDUH PEMBEDAHAN PLASTIK... WAJAH SAYA 'ORI' TAU" - HAEL



Penyanyi dan komposer Hael Husaini selain dikenali sebagai berbakat besar dalam penciptaan lagu, dia juga turut dikenali sebagai penyanyi yang sering tampil bergaya setiap kali membuat persembahan. Malah, cita rasanya dalam berpakaian juga sangat tinggi, manakala penampilannya daripada hujung rambut hingga hujung kaki begitu dijaga rapi.

Disebabkan sifatnya yang mahu kelihatan sempurna di mata khalayak, timbul spekulasi yang mengatakan pasangan duet penyanyi Dayang Nurfaizah menerusi lagu 'Haram' itu sanggup melakukan pembedahan kosmetik di bahagian wajah semata-mata untuk kelihatan segak.

Mengulas dakwaan itu, Hael berkata, ada perubahan pada wajahnya, tetapi bukanlah disebabkan pembedahan kosmetik seperti yang digembar-gemburkan.

Klik untuk gambar besar



"Kacak sangat ke saya sampai dituduh melakukan pembedahan wajah? Saya rasa macam biasa sahaja. Mungkin perubahan berlaku apabila saya mencukur jambang yang dibela, sejak sekian lama. Sebelum ini, saya terikat dengan kontrak yang memerlukan saya tampil seperti seorang yang berusia, jadi kenalah simpan jambang.

"Saya tak percaya untuk kelihatan kacak, kena buat pembedahan wajah. Kita ada penata gaya dan tatarias yang boleh merubah penampilan. Saya bukanlah seorang yang obses untuk mengubah wajah. Apa yang anda lihat pada saya sudah cukup sempurna. Wajah saya 'ori' tau," ujarnya sambil tertawa.











www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Hael Husaini

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: