21 December 2020

KAMAL ADLI BUAT KEJUTAN MELAMAR DI AME 2020 - UQASHA JAWAB "YA"



Semua sedia maklum mengenai keserasian pelakon Kamal Adli, 34, dan Uqasha Senrose, 28, di dalam drama gandingan mereka dan di luar set penggambaran yang membuatkan ramai mahu melihat mereka bercinta.

Terkini, segala teka-teki mengenai hubungan pasangan yang digandingkan bersama dalam drama 'Perempuan Tanpa Dosa' itu akhirnya terjawab apabila Kamal membuat kejutan melamar Uqasha di pentas Anugerah Meletop Era 2020 (AME 2020) malam tadi.

Dalam acara tersebut, Kamal dan Uqasha tampil berpasangan menjadi penyampai pada anugerah dan sebaik selesai sahaja dua anugerah itu, Kamal secara tiba-tiba memaklumkan dia ada pengumuman penting untuk disampaikan kepada umum.

Klik untuk gambar besar



Lebih mengejutkan, Kamal secara tiba-tiba melutut di depan Uqasha. Kamal kemudiannya bertanyakan adakah kakak kepada Nelydia Senrose itu sudi berkahwin dengannya dan Uqasha ternyata terkejut dengan lamaran berkenaan.

"Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya?" tanya Kamal - "Awak ni sedang 'promote' drama baharu kita ke?" tutur Uqasha pula.

Kamal kemudiannya, mengulang semula soalannya sebelum Uqasha, 28, menjawab "yes". Selepas jawapan 'ya' diberikan, Kamal telah menghadiahkan sebentuk cincin buat Uqasha. Aksi pasangan itu ternyata mengejutkan penonton dan rata-rata bersorak dengan perkhabaran gembira itu.



Terdahulu, hangat diperkatakan kedua pelakon itu dikatakan sudah menghadiri kursus perkahwinan. Menerusi perkongsian video di Instagram, Michael Ang ada bertanyakan soalan tersebut pada Kamal dan Uqasha.

Kamal dan Uqasha dikatakan mula akrab sejak membintangi drama 'Setelah Terlafaznya Akad' arahan Michael Ang, tahun lalu . Hubungan itu terserlah apabila Kamal pernah memuat naik hantaran di Instagram dengan kapsyen tertera 'bowling atau dating?' bersama foto mereka, beberapa bulan sebelum itu.

Selain itu, Uqasha juga dilihat beberapa kali menemani Kamal menghadiri acara membabitkan ahli keluarga. Pada majlis sambutan hari jadi Uqasha yang ke-28 lalu, Kamal menjadi antara tetamu yang memeriahkan majlis.








www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Harian Metro, Instagram Kamal Adli, Uqasha Senrose & @kamal_uqasha

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: