14 December 2020

KEMBALI KE MALAYSIA - ALIFF AZIZ MULAKAN HIDUP BAHARU BERSAMA BELLA & ANAK-ANAK



Semua sedia maklum mengenai kontroversi yang melanda penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, sehingga ia menjadi bualan dan topik hangat. Terkini, setelah sekian lama berpisah, akhirnya Aliff Aziz dikhabarkan kembali ke pangkuan isterinya, Bella Astillah dan anak-anak yang berada Malaysia.

Perkara itu dikongsi oleh ibunya Siti Hafiza di laman Instagram yang meluahkan rasa sedih dan berat hati untuk melepaskan anaknya, namun memahami tanggungjawab Aliff sebagai ketua keluarga.

"Hari di mana saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada anak saya... Alhamdulillah selepas hampir dua tahun akhirnya dia kembali ke Malaysia untuk bersama isteri dan anak-anak. Walaupun berat untuk mengucapkan selamat tinggal... kami faham tanggung jawab dia untuk bersama keluarga lebih penting," ujarnya.

Menerusi video yang dimuat naik pada malam Ahad, kelihatan Aliff dihantar oleh ibu dan ahli keluarga lain di Lapangan Terbang Changi Singapura untuk berlepas ke Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar



Siti Hafiza turut mendoakan anaknya itu supaya menjadi seorang insan yang lebih baik untuk keluarganya: "Kamu sentiasa ada dalam doa, jaga diri kamu dan keluarga. Pick yourself up and be the best version of yourself," tuturnya.

Sementara itu, Aliff turut mengucapkan terima kasih kepada ibunya dan berjanji untuk melakukan yang terbaik untuk kehidupan masa depannya.

"Terima kasih banyak umi dan ayah. Semoga usaha yang saya lakukan nanti akan membuahkan hasil dan membanggakan umi dan ayah," ujarnya.



Aliff dan Bella berkahwin papa 9 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki Muhammad Ayden Adrian yang kini berusia tiga tahun. Pasangan ini kemudian membuat keputusan untuk bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang.

Bagaimanapun pada 26 April lalu, Bella mendedahkan dia dan Aliff kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam edah dan dirinya hamil anak kedua.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, melahirkan cahaya mata perempuan diberi nama Ara Aderanna pada 18 Julai lalu.







www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Aliff Aziz & Bella Astillah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: