16 December 2020

KEPUTUSAN DIPERSOAL - AZMEER KATA AJL PERTANDINGAN UNTUK LAGU, BUKAN NYANYIAN



"Semua lagu (di SFMM35) adalah juara. Bukannya tak bagus, cuma dari sudut pemarkahan ada kurang sedikit. Contohnya lagu 'Sembah' nyanyian Naim Daniel, juri merasakan bunyi gitar terlalu mengganggu vokal. Saya faham, dalam persembahan ada konsep yang diketengahkan, namun keindahan lagu juga penting," demikianlah kata Azmeer selaku ketua juri separuh akhir Muzik Muzik ke-35 (SFMM35).

Dua Belas lagu yang layak ke Anugerah Juala Lagu ke-35 (AJL35) sudah pun diumumkan selepas berakhirnya hari ketiga SFMM35 semalam, namun ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan tersebut.

Tampil membuka mulut mengenai pemilihan lagu-lagu tersebut, Azmeer berkata walaupun semua lagu yang bertanding karya terbaik, namun ada kekurangan ketika pemarkahan dibuat.

Ujarnya, ada lagu dikategorikan sebagai lagu popular seperti 'Sakit' nyanyian Yonnyboii dan Zynakal, namun ianya tidak memenuhi kriteria untuk layak ke AJL: "Saya suka lagu itu, tetapi ia lebih kepada lagu popular dan bukan lagu pertandingan," tuturnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Azmeer turut meminta peminat untuk faham proses pemarkahan dari sudut teknikal. Ujarnya, AJL adalah pertandingan untuk lagu dan bukan nyanyian semata-mata.

"Semua orang buat salah sebab kita manusia. Ada salah sikit-sikit saya tak 'pancung' (potong markah) sebab tidak bererti lagu itu tak bagus. Kalau saya ada kuasa, saya nak 17 lagu bertanding di AJL35, tapi kita kena faham hanya 12 lagu dipertandingkan.

"Saya harap peminat boleh faham dari sudut teknikal. Contohnya, walaupun Aishah ada sedikit kekurangan ketika menyanyikan lagu 'Aku Bidadari Syurgamu', tapi melodinya bagus. Ini pertandingan untuk lagu, bukan pertandingan nyanyian. Jangan hukum komposer kalau ada kesilapan daripada penyanyi," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: