27 December 2020

LEPAS PUTUS TUNANG - TIMBUL PULA DAKWAAN PU RIZ & NEELOFA SUDAH NIKAH DI KELANTAN



Sebelum ini, nama pendakwah dan pelakon Pencetus Ummah (PU) Riz 'trending' nombor satu di Twitter berikutan hubungan bersama 'calon isterinya' iaitu pelakon dan pengacara Noor Neelofa kini berantakan.

Malah, spekulasi itu lebih hangat dibincangkan oleh warganet apabila mula memuat naik beberapa foto tangkap layar InstaStory adik-beradik Neelofa dalam ciapan mereka, begitu juga dengan perkongsian di InstaStory yang dibuat ibu pelakon drama 'Red Valvet' berkenaan.

Selepas timbul spekulasi berkaitan hubungan keruh yang kini berlaku di antara PU Riz dan ahli keluarga Neelofa, kini muncul pula dakwaan mengatakan pasangan sejoli itu sudah pun bernikah.

Di Twitter ketika ini hangat mengenai kisah PU Riz dan Neelofa dibahas warganet berhubung dakwaan mereka dikata sudah bernikah di Kelantan, baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Bertebaran di media sosial perkongsian kiriman WhatsApp yang tular membabitkan dua individu yang mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu sudah bernikah senyap-senyap bersama 'calon suaminya' di negeri terbabit.

Dalam perbualan berkenaan, dakwa Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, bernikah dengan PU Riz,25, berwalikan bapa kandungnya dikenali Mohd. Noor di Kelantan.

"Neelofa nikah di Kelantan tanpa pengetahun Datin Noor Kartini (ibu) dan Datuk Abdul Halim Khan (bapa tiri). Seminggu duit Neelofa habis RM100,000 beri kepada PU Riz dan keluarga," dakwa individu berkenaan.



Rata-rata warganet di Twitter, kebanyakannya berkongsi perasaan mereka yang berdebar-debar menunggu jawapan daripada Neelofa mahu pun PU Riz mengenai kesahihan khabar angin berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga kini mereka masih berdiam diri, termasuk tiada sebarang kenyataan balas daripada pihak keluarga bagi menafikan dakwaan berkenaan.

Meskipun kini perhubungan Neelofa dan PU Riz dilanda dugaan, kebanyakan warganet tetap mendoakan hubungan pasangan selebriti itu kembali pulih dan mendapat restu keluarga.

Malah, ramai warganet pada kalangan pengikut kedua-duanya berharap semoga majlis perkahwinan pasangan itu yang dirancang pada Mac 2021 menjadi kenyataan. Terdahulu, PU Riz sudah merisik Neelofa pada 1 November lalu.



www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: