12 December 2020

"MACAM TAK PERCAYA..." - CIK B GEMBIRA 'TOLONGLAH' RAIH LEBIH 3 JUTA TONTONAN



"Saya amat gembira dengan pencapaian lagu ini. Saya macam tidak percaya boleh menghasilkan lagu yang mendapat perhatian ramai sehingga tular. Apabila lagu dan video muzik ini dilancarkan, saya tidak pernah meletakkan sasaran untuk tular. Saya tahu ada yang tidak berapa suka dengan genre lagu ini.

"Biar apa pun, saya mengucapkan terima kasih kepada yang sudah menonton video muzik 'Tolonglah' dan komen positif diterima," tutur anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang gembira apabila muzik video single pertamanya berjudul 'Tolonglah', dalam sekelip mata meraih lebih 3.2 juta tontonan selepas seminggu dilancarkan di YouTube.

Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin tidak menyangka lagu tersebut mendapat sambutan luar biasa kerana sebelum ini timbul dakwaan tidak sedap didengar bahawa lagu berkenaan dikatakan menggunakan suara rapper, Yonnyboii.

Enggan mempedulikan jika ada yang memberi tanda 'dislike' kepada video muzik berkenaan, Cik B menyifatkan mereka adalah haters yang iri hati dengan dirinya.

Klik untuk gambar besar



"Bagi yang memberikan tanda 'dislike', saya tidak tahu sebab apa. Mungkin mereka tidak tengok lagi tapi beri tanda 'dislike'. Mungkin mereka adalah 'haters', jadi, dengki dengan saya. Tidak mengapalah, biarlah mereka memuaskan hati sendiri dengan cara itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Cik B turut memberi pesanan agar tidak memperkecilkan bakatnya agar serta menyimpan perasaan iri hati dan benci terhadapnya sedangkan dia tidak pernah menyakiti hati mereka.

"Bagi mereka yang memperkecilkan bakat saya, kita tidak boleh benci orang. Simpan saja kalau sakit hati sebab saya tidak pernah sakitkan hati mereka," katanya.





www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Cik B & Datuk Seri Vida

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: