08 December 2020

MUAT NAIK FOTO RUMAH 3 TINGKAT, HAEL TERIMA UCAPAN TAHNIAH: "BERJAYA TAMBAH HUTANG"



"Alhamdulillah, berjaya tambah hutang 😅," demikian tulis penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini, 32, yang berkongsikan sekeping gambar dirinya dengan berlatarbelakangkan sebuah rumah baru tiga tingkat yang terletak di Damansara Perdana, Selangor.

Perkongsian tersebut seolah-olah memberi gambaran penyanyi lagu 'Jampi' itu baru sahaja memiliki kediaman berkenaan.

Lantas, perkongsiannya itu mendapat reaksi pelbagai peminat dan rata-ratanya mengucapkan tahniah di atas pencapaian terkini bintang berkenaan.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Hael Husaini

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: