28 December 2020

NEELOFA: "SUKAR UNTUK SAYA MEMAHAMI APA SEBENARNYA MAHU BERLAKU..."



"Ya Allah, kadang-kadang sukar untuk saya memahami apa yang sebenarnya mahu berlaku, tetapi saya mempercayai-Mu. Saya tahu kamu akan beri yang terbaik," demikian tulis pelakon dan pengacara Noor Neelofa dalam nota terbabit.

Selepas menafikan segala tuduhan berat yang dilemparkan terhadap dirinya dengan PU Riz, Neelofa yang juga merupakan seorang usahawan itu dilihat seolah-olah sukar untuk memahami situasi yang berlaku.

Neelofa menerusi satu hantaran di Instagram Story meletakkan sepenuh kepercayaan kepada ketentuan Allah dalam menentukan perjalanan hidupnya.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, PU Riz turut memuat naik nota ringkas seakan-akan memberi bayangan kepada isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

Dalam pada itu, selepas tampil memberikan penjelasan mengenai beberapa isu tular yang membabitkan dirinya serta PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, Neelofa dihujani ribuan komen daripada warganet.

Malah, rakan selebriti turut dilihat memberikan kata semangat buat bekas pengacara MeleTOP itu dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.


Hasil tinjauan, antara rakan artis yang meninggalkan komen pada hantaran video terkini Neelofa yang merungkai pelbagai spekulasi itu termasuk Tiz Zaqyah, Elizad, Rossa, Shuib Sepahtu, Puteri Sarah Liyana, Fizo Omar, Mawar Rashid dan ramai lagi.

Terdahulu, Neelofa dalam hantaran video dan kenyataan rasmi yang diedarkan kepada media semalam menafikan sudah berkahwin dengan Riz di Kelantan seperti yang tersebar.

Dalam masa sama, bekas pengacara MeleTOP itu juga turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang yang banyak kepada pendakwah muda itu. Soal hubungan mereka, Neelofa berkata, kedua belah keluarga dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Noor Neelofa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: