28 December 2020

DIDAKWA 'MENEMPEL' NAMA SITI NURHALIZA - TYA ARIFIN TOLAK TANGGAPAN NETIZEN



"Saya bersyukur dijodohkan bersama dengan Asyraf Khalid yang mana dia berasal dari keluarga yang ramai orang kenal termasuk Mak Iti (panggilan kepada Siti). Sebenarnya tiada istilah menempel namanya kerana saya memang menantu Mak Iti dan saya tak boleh nak nafikannya. Cuma saya anggap ini adalah satu hadiah apabila Tuhan beri saya rezeki untuk bersama keluarga ini.

"Lagipun saya memang mengagumi Mak Iti sebagai seorang figura yang hebat," kata penyanyi dan pelakon Indonesia, Tya Arifin yang menolak tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dia cuba 'menempel' nama ibu mentuanya yang juga penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Tya berkata, dia menganggap kehadirannya dalam keluarga penyanyi popular itu sebagai hadiah yang Tuhan berikan. Menurut ibu kepada sepasang cahaya mata itu, dia enggan mengambil pusing terhadap segala komen negatif yang mengaitkan dirinya dengan penyanyi ternama itu.

Klik untuk gambar besar



"Sebenarnya ada saja yang datang bertanya tapi saya jenis yang tak suka nak ambil hati sehingga nak jadikan ia sesuatu yang negatif kerana tak ke mana pun.

"Lagipun kita boleh kawal dan ambil perkara yang diperkatakan itu dari sudut yang positif. Alhamdulillah saya ada keluarga yang sangat menyokong," ujar Tya yang kini sedang mempromosikan single terbaharunya berjudul 'Bagaikan Mutiara' yang sudah boleh ditonton di saluran YouTube.





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Tya Arifin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: